Riyadh: Arab Saudi mengumumkan bahawa Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka semula kepada orang ramai secara berperingkat,.
Berdasarkan laporan Arab News, masjid di serata negara itu, kecuali di Makkah, akan membuka ruangnya semula kepada jemaah esok, sebagai sebahagian daripada langkah meIonggarkan perintah berkvrung yang dilaksanakan bagi membendung penularan C0vid-19.
Perkara itu diumumkan Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui instagram Har@main.info.
“Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam yang keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi. Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaaf dan solat serta ziar4h kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
“Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” kata Sheikh Sudais.
Imam Besar Masjidil Har@m itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi isu kesihatan global ini cepat berakhir.
Saudi Gazette pula melaporkan bahawa langkah berjaga-jaga akan dilaksanakan, termasuk dengan mengehadkan bilangan jemaah sehingga 40 peratus untuk satu-satu masa. Jemaah hanya akan dibenarkan masuk ke dalam masjid bermula waktu solat subuh.
Menteri bagi Ehwal Agama, Dr Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh sebelum ini mengumumkan bahawa semua masjid kerajaan itu kini bersedia menyambut jemaah selepas membuat tinjauan persiapan yang dilakukan.
“Sepanjang pemeriksaan yang dibuat, kami mendapati semua masjid kini selesai membuat persiapan dan berada dalam keadaan baik,” katanya.
Kementerian juga menyarankan jemaah yang berada masjid supaya membaca al-Quran di telefon pintar masing-masing atau membawanya dari rumah, selain menggunakan sejadah sendiri dan patuh penjar@kan s0sial dua meter.
Mereka yang di bawah 15 tahun diIarang menunaikan solat di masjid dan jemaah dituntut memakai pelitup muka serta elak berjabat tangan serta bersesak di pintu masjid.
Subuh Pertama
Sementara itu, seramai 93,774 orang jemaah menunaikan solat di Masjid Nabawi pada hari pertama ia dibuka Ahad lalu. Jemaah paling ramai semasa solat Maghrib dengan jumlah 40,356 orang menurut Agensi Masjid Nabawi yang diletakkan di bawah Presiden bagi Hubungan Dua Masjid.
Masjid itu telah membuka 11 pintu bagi menerima jemaah sejam sebelum waktu solat dan menutupnya sebaik sahaja selesai solat Isyak.
Semua jemaah perlu mematuhi semua kaedah langkah-langkah dan protokol pencegahan yang diambil oleh badan tersebut, selain pihak keselamatan dan kesihatan bagi melindungi jemaah daripada C0vid-19.
Masjid itu dibuka semula selepas Raja Salman menarik semula penutupan sementara masjid itu untuk solat Jumaat dan orang awam sejak 20 Mac lalu. Namun, penggantungan kemasukan ke Rawdah Sharif dan kawasan masjid lama diteruskan dan kemasukan jemaah di dalam masjid dan halaman akan diperluaskan.
Perintah untuk larangan sementara untuk kelas agama, hafalan Al-Quran dan pengagihan makanan masih diteruskan di masjid dan halamannya.
Agensi itu merancang untuk meletakkan kamera pengesan suhu di 11 pintu termasuk tujuh untuk jemaah lelaki dan empat untuk wanita. Kanak-kanak sama sekali diIarang memasuki masjid.
Jemaah juga diwajibkan mematuhi langkah berjaga-jaga dan memakai penutup mulut dan hidung ketika datang ke masjid dan menjaga penjar4kan sosial.
“Jemaah lelaki dibenarkan masuk melalui Pintu 4 Al Hijrah, Pintu 5 Quba, Pintu 10 Imam Al-Bukhari, Pintu 21 King Fahd, Pintu 34 King Abdulaziz, Pintu 37 Makkah manakala Pintu Salam ditutup.”
0 Response to "Air Mata Kesyukuran Iringi Pembukaan Semula Masjid Nabawi Pasca C0VlD-19, Hampir 100Ribu Jemaah Hadiri Solat Subuh"
Post a Comment